TCS-02 (Dua Lapis Paras Siku)

  • Lokasi Penghantaran

    • RM
    • RM

    Semenanjung Malaysia

    FREE Size Telekung

    • 250 RM

    Semenanjung Malaysia

    FREE Size Telekung

    • 255 RM

    Saiz Muka

    • RM
    • RM
    • RM
    • RM

    TAMBAH ITEM (SM)

    • 12 RM

    TAMBAH ITEM (SS)

    • 15 RM

    Warna Kain Batik

    (HANYA bagi anda yang memilih pakej bersama kain batik)

    • RM
    • RM
    • RM
    • RM
    • RM
    • RM

    NOTA TAMBAHAN

    • RM
SKU: TCS 02 Category:

Product Description

TCS-02 dijahit menggunakan KAIN COTTON JEPUN (Bersulam). Seperti yang kita semua maklum, fabrik cotton jepun dikategorikan sebagai kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang paling halus, ringan selain berkualiti. Teksturnya sangat lembut menjadikannya sangat popular bagi yang mementingkan keselesaan. Harganya? Sudah tentu lebih mahal berbanding jenis cotton lain di pasaran.

Sulaman pada fabrik Cotton Jepun ini menambahkan lagi ciri-ciri EKSKLUSIF telekung ini. Menambahkan seri telekung, ianya dijahit dengan RENDA yang TEBAL & BERKUALITI. Bukan setakat itu, cantuman antara renda dan  hujung telekung secara JAHITAN SULAM pastinya menimbulkan lagi ciri-ciri EKSKLUSIF yang anda cari selama ini.

LAPISAN DALAM telekung dijahit sehingga PARAS SIKU menjadikan anda lebih yakin untuk menunaikan solat TANPA RAGU-RAGU. Lapisan dalam telekung ini dapat MENUTUP BAHAGIAN TENGKUK anda dengan sempurna. Kebiasaannya diragui ternampak bentuk bayang bahagian tengkuk anda jika tidak dijahit dua lapis. Kami menggunakan fabrik PLAIN COTTON untuk lapisan bahagian dalam.

Kemasan pada BAHAGIAN MUKA menjadikan ianya LEBIH ISTIMEWA. Anda tidak perlu memakai anak tudung lagi kerana rekaan bentuknya yang TERLETAK elok pada muka anda. Tiada lagi masalah anak rambut terkeluar sebab saiz muka telekung besar, terdapat 4 saiz muka yang anda boleh pilih.

Dengan kelebihan-kelebihan di atas, insyaallah anda bukan sahaja buat tempahan kali ini, tetapi anda akan membuat REPEAT ORDER di masa akan datang. Itulah yang dialami pelanggan-pelanggan kami sebelum ini.

PROSES TEMPAHAN (PRE-ORDER)

1. Tempahan dibuka secara BATCH. Ianya HANYA dibuka selama seminggu pada 6haribulan hingga 13haribulan bagi setiap bulan.

2. Memandangkan kami jahitkan TELEKUNG ini KHAS buat anda, TEMPAHAN anda hanya dimasukkan dalam LIST TEMPAHAN jika PEMBAYARAN PENUH telah dibuat. Emelkan bukti pembayaran anda kepada kami di syifamuslimproducts@gmail.com dengan maklumat anda (Nama, Alamat Penghantaran, No Telefon, Order ID anda : contoh #6655)

3. Telekung anda akan dijahit dan disiapkan dalam tempoh masa 2minggu dari tarikh PRE-ORDER batch ditutup.

4. Telekung dijangkakan dipos keluar dari tempat kami pada setiap 30haribulan bagi setiap batch.

5. Anda menerima tempahan anda dalam jangkamasa 1-2hari bekerja dari tarikh kami poskan tempahan anda. Kami menggunakan perkhidmatan POSLAJU bagi tempahan satu unit telekung, manakala kami menggunakan perkhidmatan NATIONWIDE bagi tempahan melebihi satu unit telekung.

“Pilihlah yang TERBAIK. Produk keluaran kami ini adalah INOVASI YANG PRAKTIKAL bagi anda yang menitikberatkan KESELESAAN dalam BERIBADAH”